Thursday 17 July 2014

Lailatul Qadar, panduan & tips





Biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:


1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran


2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.


3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala



Tips

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang Tips untuk 10 mlm terakhir ramadhan - oleh sheikh Tawfique chowdhury:

1) Jgn biarkan 'usaha' anda sblm2 ini meninggalkan kesan dlm 10 mlm terakhir ini. Saat2 pengampunan mungkin akan tiba mlm ini atau bila2 masa sj dlm mlm2 akan dtng! Anda masih berkesempatan! Jika anda benar2 inginkan mlm2 anda dibulan ini lebih baik dr sblm2nya, tingkatkan usaha dan bersedialah untuk lakukan yg terbaik! Mulakan dgn niat yg positif dan ikhlas!

2) mlm ni, luangkan sedikit masa untuk membaca tafsir surah al-qadr untuk memahami apa yg sebenarnya betul2 berlaku pd mlm tersebut! Anda akan dpt merasakan keagungannya & kehebatannya dgn lebih bnyk lg!

3) Jangan tunggu hingga mlm ke 27 untuk berusaha sedaya upaya dlm ibadah. Kesemua (10) mlm2 terakhir patut menjadi target anda. Berjaga mlm lah pd setiap hari! Adakah anda mahu terlepas mlm lailatul qadar walaupun dgn "tidak sengaja"?

4) Jangan terjebak dlm mana2 amalan bid'ah atau majlis keraian yg dianjurkan dan dipromosikan oleh mana2 masjid atau masyarakat. Ikutlah sunnah! Nabi s.a.w telah membimbing kita dgn cara yg mudah: "Sesiapa yg berjaga pd mlm lailatul qadar dgn iman dan mengharapkan ganjaran dr Allah, semua dosa2nya yg lalu akn diampunkan"

5) Hafallah dan mintalah do'a yg diajar oleh Rasulullah s.a.w: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'fu 'anni" ( wahai Allah, Engkaulah yg Maha Pengampun dan Engkau jua zhat yg sukakan pengampunan, maka ampunilah daku).

6) Sediakan senarai pendek do'a2 yg anda ingin minta. Ingatlah bhw inilah saat yg sgt hebat dan paling menakjubkan bg hamba2 Allah! Malam Kekuasaan malam penaqdiran! Pilihlah dgn terperinci setiap satu perkara yg anda inginkan bg dunia, agama, keluarga dan akhirat anda! Jgn lupa juga saudara2 muslim kita yg sedang dlm kesengsaraan dan kesusahan ketika ini!

7) Tidurlah seketika pd siang hari (qailulah) jika berkesempatan. Kurangkan mkn dan tidur seawal yg mungkin slps isya'. Jgn melewatkn tidur! Selepas dpt tidur seketika, segarkan diri anda dan bersiap sedialah untuk beribadah.

8) Jgnlah lalai dan melupakan ahli keluarga anda! Rasulullah s.a.w menjadikan kebiasaan baginda untuk mengejut isteri2 baginda pd mlm2 ini! Ya, anak2 anda juga tidaklah patut dianggap terlalu muda untuk berqiyaamullail pd sebahagian mlm tersebut. Jika mrk boleh dibiarkan bermain video game atau menonton tv, mrk juga blh diberi semangat untuk bangun buat seketika pd mlm itu! Sediakan mrk, jadikan mrk rasa teruja dan rancanglah aktiviti bg mrk untuk dlakukan pd mlm itu!

9) Lihatlah pada fakta bahawa: cara kita berpakaian dan bersedia untuk sesuatu memberi kesan psikologi yg besar pd kita. Jadi, pakailah pakaian anda yg terbaik, gunakan wangi2an dan rasakan tenaganya!

10) Pilihlah satu sudut/tempat, samada dimasjid atau dirumah anda, dimana anda boleh bersendirian dgn tenang. Sediakan mushaf alquran, sejadah dan air berdekatan anda supaya anda tidak terganggu apabila perlu bangun banyak kali untuk itu dan ini.

11) Penting: mlm ini bukanlah waktu untuk pos gambar di tweeter atau update status fb ana tentang hebatnya mlm ni, atau betapa seronoknya anda beribadah dsbnya! Biarlah ia menjadi rahsia antara anda & Allah! Jadi, matikan telefon bimbit, wifi, laptop dan komputer anda. Putuskanlah hubungan dr perkara2 dunia dan berhubunglah dgn al-'afuww (Zhat Yg Maha Pengampun)!

12) Jika anda dapati diri anda terasa mengantuk, pelbagaikan bentuk ibadah anda.

Semoga Allah bg kita taufiq utk bribadah pd mlm yg sangat2 istimewa.. Aameen



Love ♡
Ayu Yasin



No comments:

Post a Comment