Wednesday 18 November 2015

Jom Berjaya!!!

                             

Salam perkongsian untuk semua…Siapalah di antara kita yang tidak mahu hidup berjaya atau sukses, kan ? Tapi kenapa hidup kita ni macam tak maju-maju juga sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan..….Mungkin tips ini boleh membantu.
1. Jangan asyik kata tak boleh – “Negative thinking” belum buat apa-apa lagi dah cakap tak boleh. Kata orang belum cuba, belum tahu hasilnya kan. Andai kata percubaan pertama gagal, cubalah lagi, mungkin ada “ part ” yang kita terlepas pandang dan perlu diperbaiki. Jangan mudah putus asa ek…..
2. Belajar menghargai diri orang lain – Kalau nak tahu, orang-orang yang berjaya bukan setakat menghargai diri sendiri sebaliknya mereka juga turut menghargai orang lain.Jadi jangan sesekali memandang rendah pada orang lain meski pun mereka hanyalah pembantu pejabat atau pun “ cleaner ” di tempat kita berkerja.
3. Kuburkan kenangan lalu – Barang yang lepas jangan dikenang kelak hanya menambah kesedihan dan luka lama akan berdarah kembali. Setiap dari kita akan melakukan kesilapan, yang penting macam mana nak memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
4. Belajarlah untuk menjadi dewasa – Bersikap kebudak-budakan hanya akan membuatkan kita jauh dari kejayaan. Buanglah sikap buruk kita seperti suka bergosip, hasad dengki, ego dan sebagainya. Ubahlah diri menjadi lebih berdisplin dan lebih bertanggungjawab.
5. Jangan pentingkan diri sendiri – Disebalik kejayaan seseorang itu pasti ada seseorang yang menjadi tulang belakang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Jadi jangan pentingkan diri sendiri saja. Melihat keperluan orang lain juga boleh menjadi kunci kejayaan kita.
6. Jangan takut pada cabaran – Kalau kita mahu berjaya jangan takut untuk meninggalkan “ comfort zone ” kita. Kita perlu bijak menyesuaikan diri kita dengan keadaan dan suasana baru. Mungkin kita akan beroleh pengalaman baru yang lebih mematangkan kita.
7. Perlu ada keyakinan – Dalam apa hal sekalipun, keyakinan diri itu adalah penting. Bukan bermakna kita “ over confident ”. Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan keistemewaan tersendiri. Kenali potensi diri dengan sebaiknya dan kembangkan ia semaksimum yang boleh……
Walaupun keinginan untuk berjaya begitu menebal dalam diri kita, jangan lah pula sehingga kita menidakkan batas-batas yang telah digariskan. Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara kerana akhirat juga destinasi yang hakiki. Jadi seimbangkanlah di antara ke duanya, agar kejayaan itu bukan hanya milik kita di dunia ini sebaliknya kejayaan di akhirat jua. InsyALLAH.
Salam Sayang...
Ayu Yasin

Thursday 2 October 2014

FF1 Free Trip to Shanghai





Ayu and team last month baru balik dari shanghai

percutian percuma yang sangat best....

happy gilerrrr



uolls tengok dulu video ni....

nanti ayu sharekan day by day aktiviti kami disana.



Sayang,

Ayu Yasin

😍

Rindu ♡♡♡





Lama tidak bersua
Kesepian disini tidak bermakna aku sepi diluar
Diluar sana aku sangat sibuk dan tidak punya masa yang cukup disini
Diwaktu ini aku punya masa yang sedikit ini
Ingin ku hebahkan didunia maya ini
Bahawa bermacam perubahan dan perkembangan positif yang Allah izin ke atas diriku
Janganlah jemu bersama paparan hidupku
Mungkin ada rahmat dan hikmah yang Allah aturkan untuk mu

Sayang dari
Ayu Yasin 😍

*hehe.....berpuitis ayu hari jumaat nan indah ini*

Thursday 17 July 2014

Lailatul Qadar, panduan & tips





Biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.



Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:


1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran


2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.


3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala



Tips

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang Tips untuk 10 mlm terakhir ramadhan - oleh sheikh Tawfique chowdhury:

1) Jgn biarkan 'usaha' anda sblm2 ini meninggalkan kesan dlm 10 mlm terakhir ini. Saat2 pengampunan mungkin akan tiba mlm ini atau bila2 masa sj dlm mlm2 akan dtng! Anda masih berkesempatan! Jika anda benar2 inginkan mlm2 anda dibulan ini lebih baik dr sblm2nya, tingkatkan usaha dan bersedialah untuk lakukan yg terbaik! Mulakan dgn niat yg positif dan ikhlas!

2) mlm ni, luangkan sedikit masa untuk membaca tafsir surah al-qadr untuk memahami apa yg sebenarnya betul2 berlaku pd mlm tersebut! Anda akan dpt merasakan keagungannya & kehebatannya dgn lebih bnyk lg!

3) Jangan tunggu hingga mlm ke 27 untuk berusaha sedaya upaya dlm ibadah. Kesemua (10) mlm2 terakhir patut menjadi target anda. Berjaga mlm lah pd setiap hari! Adakah anda mahu terlepas mlm lailatul qadar walaupun dgn "tidak sengaja"?

4) Jangan terjebak dlm mana2 amalan bid'ah atau majlis keraian yg dianjurkan dan dipromosikan oleh mana2 masjid atau masyarakat. Ikutlah sunnah! Nabi s.a.w telah membimbing kita dgn cara yg mudah: "Sesiapa yg berjaga pd mlm lailatul qadar dgn iman dan mengharapkan ganjaran dr Allah, semua dosa2nya yg lalu akn diampunkan"

5) Hafallah dan mintalah do'a yg diajar oleh Rasulullah s.a.w: "Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'fu 'anni" ( wahai Allah, Engkaulah yg Maha Pengampun dan Engkau jua zhat yg sukakan pengampunan, maka ampunilah daku).

6) Sediakan senarai pendek do'a2 yg anda ingin minta. Ingatlah bhw inilah saat yg sgt hebat dan paling menakjubkan bg hamba2 Allah! Malam Kekuasaan malam penaqdiran! Pilihlah dgn terperinci setiap satu perkara yg anda inginkan bg dunia, agama, keluarga dan akhirat anda! Jgn lupa juga saudara2 muslim kita yg sedang dlm kesengsaraan dan kesusahan ketika ini!

7) Tidurlah seketika pd siang hari (qailulah) jika berkesempatan. Kurangkan mkn dan tidur seawal yg mungkin slps isya'. Jgn melewatkn tidur! Selepas dpt tidur seketika, segarkan diri anda dan bersiap sedialah untuk beribadah.

8) Jgnlah lalai dan melupakan ahli keluarga anda! Rasulullah s.a.w menjadikan kebiasaan baginda untuk mengejut isteri2 baginda pd mlm2 ini! Ya, anak2 anda juga tidaklah patut dianggap terlalu muda untuk berqiyaamullail pd sebahagian mlm tersebut. Jika mrk boleh dibiarkan bermain video game atau menonton tv, mrk juga blh diberi semangat untuk bangun buat seketika pd mlm itu! Sediakan mrk, jadikan mrk rasa teruja dan rancanglah aktiviti bg mrk untuk dlakukan pd mlm itu!

9) Lihatlah pada fakta bahawa: cara kita berpakaian dan bersedia untuk sesuatu memberi kesan psikologi yg besar pd kita. Jadi, pakailah pakaian anda yg terbaik, gunakan wangi2an dan rasakan tenaganya!

10) Pilihlah satu sudut/tempat, samada dimasjid atau dirumah anda, dimana anda boleh bersendirian dgn tenang. Sediakan mushaf alquran, sejadah dan air berdekatan anda supaya anda tidak terganggu apabila perlu bangun banyak kali untuk itu dan ini.

11) Penting: mlm ini bukanlah waktu untuk pos gambar di tweeter atau update status fb ana tentang hebatnya mlm ni, atau betapa seronoknya anda beribadah dsbnya! Biarlah ia menjadi rahsia antara anda & Allah! Jadi, matikan telefon bimbit, wifi, laptop dan komputer anda. Putuskanlah hubungan dr perkara2 dunia dan berhubunglah dgn al-'afuww (Zhat Yg Maha Pengampun)!

12) Jika anda dapati diri anda terasa mengantuk, pelbagaikan bentuk ibadah anda.

Semoga Allah bg kita taufiq utk bribadah pd mlm yg sangat2 istimewa.. Aameen



Love ♡
Ayu Yasin



Wednesday 16 July 2014

Puding Roti Kukus





Assalamualaikum semua....

maaf ye puasa disiang hari terpaksa upload gambar ni pula.
ok semalam masa berbuka ayu ada buat puding roti ni....teringin makan and my 1st attempt acctually buat puding ni and Alhamdulillah menjadi.
upload dalam fb & ig...ada kawan2 mohon share resipi ayu....so ini lah dia.


Puding Roti Kismis (Kukus)

4 keping roti high grain @ lebih bergantung pada besar bekas atau loyang yg digunakan (potong kulit tepinya)
400ml susu segar
3 sudu besar gula @ ikut manis yang anda suka
2biji telur - dipukul sebati
Kismis/SultanasMentega/marjerin untuk menyapu roti
1 1/2 sudu kecil esen vanilla


untuk Sos
400ml susu segar
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla



Steps by steps


Untuk menyediakan puding roti

Campurkan telur yang telah dipukul sebati bersama dengan gula perang.
Curahkan susu, dan esen vanilla.
Kacau sebati.Tapiskan adunan ini dan Ketepikan.
Sapu nipis mentega/marjerin pada kedua2 belah roti
Pastikan sapuan tersebut tidak terlalu banyak/ tebal*
Kemudian potong empat roti tersebut.
Sapu acuan dengan sedikit mentega.
Tabur rata kismis di dasar acuan.
Tutupkan dengan lapisan roti.
Curahkan adunan susu sehingga ke paras roti.
Tabur lagi kismis diikuti dengan lapisan roti dan curahan adunan susu.
Ulangi sehingga semua bahan habis.
Kukus puding ini lebih kurang 30minit atau sehingga masak.


Untuk menyediakan sos kastad

Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak


Hasilnya jadilah seperti diatas...memang sangat sedap. Anak2 pasti suka.
Cubalah ye kawan-kawan


Love ♡
Ayu Yasin

Monday 14 July 2014

Salam Nuzul Quran

Nuzul Al-Quran

 Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)






Salam sayang....
Ayu Yasin



Sunday 1 June 2014

Hero-hero ke summer camp


Salam Ahad buat semua...
Dikala ini ayu dan suami berada diKL selepas beberapa hari dimelaka, 
Banyak program kami dan salah satunya hari ini hantar hero2 ni ke 
Kem Motivasi An-Nur, Jenderam Hulu Sepang.
Summer camp selama 4 hari 3 malam akan terisi dengan perkara2 berguna untuk arfan, arzan dan cousin mereka adam.

 Muka happy je semua....excited terlebih ni



 Flying Fox....tinggi juga tempatnya

 Ambil Ilmu dan amalkan ia
Disalah satu rumah lama yang dijadikan office
cantik dan unik
Ada liputan dari RTM pula
terpilih diwawancara
nantikan ayu muncul dalam rancangan
Feminin TV1 hari rabu pagi ni ye ;)

Untuk anak2 ummi selamat menjadi lebih cemerlang dan keluarkanlah potensi diri anda yang ada. Moga anak2 ummi menjadi insan contoh dan menjadi Hamba Allah yang baik