Wednesday 18 November 2015

Jom Berjaya!!!

                             

Salam perkongsian untuk semua…Siapalah di antara kita yang tidak mahu hidup berjaya atau sukses, kan ? Tapi kenapa hidup kita ni macam tak maju-maju juga sedangkan pelbagai cara sudah dilakukan..….Mungkin tips ini boleh membantu.
1. Jangan asyik kata tak boleh – “Negative thinking” belum buat apa-apa lagi dah cakap tak boleh. Kata orang belum cuba, belum tahu hasilnya kan. Andai kata percubaan pertama gagal, cubalah lagi, mungkin ada “ part ” yang kita terlepas pandang dan perlu diperbaiki. Jangan mudah putus asa ek…..
2. Belajar menghargai diri orang lain – Kalau nak tahu, orang-orang yang berjaya bukan setakat menghargai diri sendiri sebaliknya mereka juga turut menghargai orang lain.Jadi jangan sesekali memandang rendah pada orang lain meski pun mereka hanyalah pembantu pejabat atau pun “ cleaner ” di tempat kita berkerja.
3. Kuburkan kenangan lalu – Barang yang lepas jangan dikenang kelak hanya menambah kesedihan dan luka lama akan berdarah kembali. Setiap dari kita akan melakukan kesilapan, yang penting macam mana nak memperbaikinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.
4. Belajarlah untuk menjadi dewasa – Bersikap kebudak-budakan hanya akan membuatkan kita jauh dari kejayaan. Buanglah sikap buruk kita seperti suka bergosip, hasad dengki, ego dan sebagainya. Ubahlah diri menjadi lebih berdisplin dan lebih bertanggungjawab.
5. Jangan pentingkan diri sendiri – Disebalik kejayaan seseorang itu pasti ada seseorang yang menjadi tulang belakang dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Jadi jangan pentingkan diri sendiri saja. Melihat keperluan orang lain juga boleh menjadi kunci kejayaan kita.
6. Jangan takut pada cabaran – Kalau kita mahu berjaya jangan takut untuk meninggalkan “ comfort zone ” kita. Kita perlu bijak menyesuaikan diri kita dengan keadaan dan suasana baru. Mungkin kita akan beroleh pengalaman baru yang lebih mematangkan kita.
7. Perlu ada keyakinan – Dalam apa hal sekalipun, keyakinan diri itu adalah penting. Bukan bermakna kita “ over confident ”. Setiap dari kita mempunyai kelebihan dan keistemewaan tersendiri. Kenali potensi diri dengan sebaiknya dan kembangkan ia semaksimum yang boleh……
Walaupun keinginan untuk berjaya begitu menebal dalam diri kita, jangan lah pula sehingga kita menidakkan batas-batas yang telah digariskan. Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara kerana akhirat juga destinasi yang hakiki. Jadi seimbangkanlah di antara ke duanya, agar kejayaan itu bukan hanya milik kita di dunia ini sebaliknya kejayaan di akhirat jua. InsyALLAH.
Salam Sayang...
Ayu Yasin